Elok parang kerana dipakai, Dipakai untuk membuat ladang; Elok orang kerana berperangai, Perangi elok adat terpandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ikat pinggang rambut berjurai, Berjurai elok sulaman asli; Adat dibilang lalu dipakai, Dipakai untuk pegangan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbuang baju dipakai lapuk, Lapuk dipakai koyaknya cepat; Terbuang Melayu perangai buruk, Buruk perangai merosak umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
ang dipakai parang, Yang terbawa gada; Yang diintai bujang, Yang bersua duda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Halal dipakai batil dibuang, Iman dan takwa kepada Allah; Besarnya pandai kecil terbilang, Sopan santun tiada menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang pinggan dipakai malam, Bila pagi dicuci orang; Sayang tuan bermisai tajam, Bila beristeri bini mengerang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terbuang baju dipakai singkat. Singkat pakaian aurat terbuka; Terbuang Melayu mengabaikan adat. Adat terabaikan umat binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Songket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |