Pelita dipasang bulan gerhana, Secangkir madu seri kaya; Mata mentafsir seribu makna, Tangan mengukir seni budaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Lukah dipasang rapat-rapat, Lukah diikat kayu sebelah; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati semakin berdarah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Jerat dipasang hari pun terang, Hendak pulang badan pun letih; Niat memang mencari bujang, Tak ada bujang duda pun boleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jerat dipasang sekali habis, Bila tak habis senjalah hari; Niat memang mencari gadis, Tak ada gadis janda pun jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Belat dipasang mencari ikan, Ikan dapat boleh digulai; Adat dibilang jadi ikutan, Ikutan umat supaya damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jerat dipasang mencari makan, Makanan cukup senanglah hati; Adat dibilang jadi pedoman, Pedoman hidup hinggalah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Banyak pelita dipasang terang, Pelita mati sumbunya pandak; Banyaklah cinta disebut orang, Cinta sejati pada ibu bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa guna lilin dipasang, Bila apinya tidak menyala; Apa guna main belakang, Bila tidak berani ke muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun taji sudah dipasang, Kerana goyang dicabut lagi; Walaupun hati sudah meradang, Kerana berhutang mulut terkunci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selasih mekar terang bulan, Umpan dipasang tertangkap ketam; Berkasih sayang biar berpadan, umpama api dalam sekam. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |