Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipegang

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sungguh dioja,
     dipegang ekor.

Bermaksud :

Harap-harap percaya tidak.

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Nyiur manis dipegang budak, Nak buang tak ada beliung; Menangis bukannya budak, Nak terbang bukannya burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah pinang dipegang-pegang, Bawa mari kampung Cik Daud; Bila ingat diriku dagang, Air mata jatuh ke lutut.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Belum dijual sudah dipegang, Tentulah harga tiada cocok; Belum kenai sudah temberang, Tentulah hamba tidak menengok.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Main sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bagaimana tali tidakkan kusut Dipegang saja tidak dapat; Bagaimana janji akan kuikut, Abang sudah berubah niat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ada untungnya membeli badik, Dipegang saja oranglah takut; Ada untungnya berbini cantik, Dipandang saja kenyanglah perut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila menengok lepat, Jangan cepat dipegang; Apabila duduk muafakat, Jangan mengumpat orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123456

Kembali ke atas