Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipijak

Puisi
 

Limau lelang bergugus-gugus,
     Taruh mari dalam dulang;
Harimau mati dipijak tikus,
     Buaya mati disepit udang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Semut dipijak tidak mati,
     gajah diarung bergelimpangan.

Bermaksud :

Orang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh.

 

Lihat selanjutnya...(9)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah padi dipijak rusa, Kerana pergi berlama-lama; Banyaklah negeri rosak binasa, Kerana membenci alim ulama.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana badak takkan menangis, Dipijak lembu berpuluh kali; Bagaimana awak takkan menangis, Awak bisu disuruh menyanyi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana padi tidakkan rebah, Dipijak kambing bersama badak; Bagaimana bini tidakkan marah, Dia bunting awak merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Banyaklah mati batang halia, Halia mati dipijak lembu; Banyaklah hati orang nan mulia, Mulialah hati ayah dan ibu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada pagar dibuat, Banyaklah padi dipijak rusa; Kalau tak ada pembesar adat, Banyaklah negeri rosak binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak ke huma boleh ke huma, Jangan dipijak si anak padi; Hendak tanya bolehlah tanya, Tanyalah jangan menyakitkan hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pergi memajak tanah di anjung, Uni menjadi ambil buahnya; Bumi dipijak langit dijunjung, Sebiji padi emas padahnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Limau lelang bergugus-gugus, Taruh mari dalam dulang; Harimau mati dipijak tikus, Buaya mati disepit udang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang Keling sembahyang sami, Dia sembahyang pagi petang; Ingat rumput di bumi, Dipijak orang pagi petang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kilau-kilauan perah tambang, Pasang bendera di atas bumbung; Kalau tahu diri menumpang, Bumi dipijak langit dijunjung.Pantun Melayu SarawakNasihat
12

Kembali ke atas