Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipilih

Puisi
 

Ada sirih ada pinang,
     Nantikan gambir dengan kapur;
Sudah dipilih sudah dipinang,
     Hanya menanti ijab kabul.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Buruk dikembang pada orang,
     elok dipilih sama seorang.

Bermaksud :

Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)

302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Disusun padan bunga anggerik, Mahu diletak di pintu puan; Dipilih padan dipilih cantik, Baru jadi menantu tuan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau dipilih sirih pinang, Takkan tercarik barang sejari; Kalau beralih kasih sayang, Takkan balik abang ke mari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Aur tumbuh dipilih orang, Mana yang pendek dibuang saja; Hancur tubuh putihlah tulang, Nama yang baik dikenang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Beli kain buat purdah, Mana yang baik bolehlah dipilih; Disangka langit itu rendah, Dipandang dekat dicapai tak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ada sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di atas batu; Sudah dipilih dipinang tidak, Maklumlah saya dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Makan sirih cabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Jangan dipilih rupa tak baik, Sahaja hati tidak berkenan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di Tanjung Batu; Sudah dipilih dipinang tidak, Itulah malang datang dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan diinjak-injak; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlagak-lagak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan debu melekat; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlaku nekad.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas