Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipujuk

Puisi
 

Terbang gunduk berkawan tiga,
     Mari makan padi di laman;
Jangan dipujuk kasih adinda,
     Saya berbalik ke kampung laman.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kalau dipujuk makin menyebal,
     kalau dimarah baru tertawa.

Bermaksud :

Kelakuan yang tidak ada tempatnya; sifat yang sangat bertentangan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Terbang gunduk berkawan tiga, Mari makan padi di laman; Jangan dipujuk kasih adinda, Saya berbalik ke kampung laman.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau tak dapat ditumbuk-tumbuk, Terpaksa awak membakarnya; Kalau tak dapat dipujuk-pujuk, Terpaksa awak menamparnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak diminum di dalam kendi, Kendi berada di dalam kaca; Jangan dipujuk jangan dipuji, Di dalam puji saya terkena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang terbakar merasa hangat, Yang berhujan tentulah sejuk; Orang penyabar bawa bersahabat, Orang penyegan perlu dipujuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas