Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diraut

Puisi
 

Encik Daud pulang dari pekan,
     Sampai hilir mudik ada;
Benar diraut yang mana ikan,
     Di mana pokok di situ ada.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Ada buluh diraut-raut, Diraut halus dibuat tikar; Jika hendak pergi melaut, Lupa jangan kemudi dan layar.Pantun Melayu SarawakNasihat
Batang selasih diraut-raut, Buat bakul tidak berbingkai; Kasih ibarat ombak di laut, Singgah ke pantai hancur berkecai.Pantun Melayu SarawakKasih
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Encik Daud pulang dari pekan, Sampai hilir mudik ada; Benar diraut yang mana ikan, Di mana pokok di situ ada.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah kecil tiang ke laut, Tempat Suriani menggesek biola; Kecil molek bagai diraut, Itu sebab hatiku gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gajah mina hitam di laut, Tujuh hasta panjang gading; Halus pinggangnya bagai diraut, Susahkan cari bakal banding.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang ramuning di muka laut, Sayang rambutan di dalam puan; Tubuhnya kuning bagai diraut, Kerana sayang denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas