Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata direndam

Puisi
 

Sayang selasih direndam renggang,
     Rendam secupak menjadi segantang;
Dahulu kasih bukan kepalang,
     Sekarang menjadi harimau garang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Dibakar tak hangus,
     direndam tak basah.

Bermaksud :

Sangat berkuasa; tak mudah dikalahkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Dari dahulu selasih direndam, Kini direndam di piring emas; Dari dahulu kain dipendam, Hati di dalam harap cemas.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sakit kaki jangan direndam, Bila direndam pastilah kambuh; Sakit hati jangan dipendam, Bila dipendam kasih menjauh. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan direndam buah delima, Kalau direndam lapuklali dahan; Jangan ditentang petua ulama, Kalau ditentang dikutuk Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh direndam belum dikering, Baru tumbuh jangan ditebang; Peluk tubuh terasa asing, Baru tahu diri seorang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah selasih direndam orang, Bila dimakan menjadi ubat; Sudah kupilih adik seorang, Mengapa tuan tidak mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Biji selasih direndam air, Bila dihirup rasanya sedap; Hatiku pedih sayang berakhir, Selama hidup putuslah harap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang selasih direndam renggang, Rendam secupak menjadi segantang; Dahulu kasih bukan kepalang, Sekarang menjadi harimau garang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Walaupun kain baru direndam, Kerana perlu dipakai juga; Walaupun kahwin baru semalam, Kerana malu bercerai juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dapat selasih lalu direndam, Manfaatnya besar bukan kepalang; Ingat kekasih tak tidur malam, Rasa tak sabar menunggu siang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas