| Jangan dikait tali kelambu, Kalau dikait banyak bunalnya; Jangan disakiti hati ibu, Kalau sakit banyak sialnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Pokok kelapa hendak ditebang, Batang pula dibuat titi; Sungguh kejam wahai kumbang, Bunga yang sihat hendak disakiti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |