Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disambar

Puisi
 

Pisang pendek disambar helang,
     Jatuh sebiji ke Inderagiri;
Dagang terselit di tempat orang,
     Baiklah fikir membawa diri.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ayam ditambat disambar elang,
     padi di tangan tumbuh lalang.

Bermaksud :

Malang sekali; nasib yang buruk. (Bandingkan dengan: Bagai ayam disambar elang).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Pisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Jemur padi di tanah padang, Anak ayam disambar helang; Apa malang nasibnya badan, Burung di tangan disambar orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam bagung kokok berdencang, Disambar helang patahlah kepak; Dalam bingung duduk mengerang, Disabarkan orang usah menolak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dukung anak dari Melaka, Disambar jin di tepi kolam; Intan terletak gunung permata, Cahaya melimpah serata alam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Putik pauh tangkainya mangga, Disambar buaya sambil berenang; Sudah jauh dipandang mata, Hati mana dapat tak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung cak jatuh ke paya, Disambar enggang sambil melompat; Jangan diharap kepada saya, Dagang yang hina tidak bertempat.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak itik terbang ke hutan, Disambar buaya patah kakinya; Bunga cantik jadi suntingan, Tak sangka begini harum baunya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buluh betung tumbuh ke danau, Tumbang disambar guruh petir; Sungguh beruntung orang berpanau, Badan bergambar berukir-ukir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak siput di atas batang, Mati disambar ikan yu; Ribut datang dari belakang, Kusentap layar bertambah laju.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Puput bayu Seri Ledan, Tengah bermain disambar helang; Terlucut baju dari badan, Terhurai kain dari pinggang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas