| Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Yang nasi dijerang, Yang kuncup dipotong; Yang mati dikenang, Yang hidup disanjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Yang bersampan tentu berdayung, Yang berbiduk tentu bergalah; Orang beriman perlu disanjung, Orang perajuk perlu disergah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Sejak kera pindah ke tanjung, Anak lebah bersenang hati; Sejak kepala suka disanjung, Anak buah pun datang memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Banyaklah padi hanyut ke tanjung, Takkan sama ke tanjung keramat; Banyaklah nabi patut disanjung, Takkan sama menyanjung Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Walaupun tali sudah dikerat, Kerana lebih disambung juga; Walaupun hati terasa berat, Kerana kasih disanjung juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |