Allah disembah raja ditaati, Orang yang tua dimuliakan; Harta dijaga nama dihormati, Barang amanah diutamakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang derhaka, Allah disembah raja ditaati; Sifat Melayu memegang pusaka, Harta dijaga nama dihormati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kapal Cina berisi kain, Hendak disembah pada raja; Kalaulah abang bergundik yang lain, Sudah menjadi perkara biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patuh Melayu kepada raja, Raja adil raja disembah; Senonoh laku sempurna kerja, Kerja kecil membawa berakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |