Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanak

Peribahasa

Dilihat si pulut,
     ditanak berderai.

Bermaksud :

Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Belum diindang sudah ditanak, Manakan nasi dapat dimakan; Belum dipinang sudah diajak, Manakan kami mahu kan tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana nasi takkan ditanak, Nasi yang ada dimakan kucing; Bagaimana hati tidakkan muak, Janjilah lupa jangan berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari petang nasi ditanak, Duduk bersama bersenang-senang; Laki temberang bini pembengak, Periuk belanga terbang melayang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang singgah diajak berbual, Nasi ditanak gulai disenduk; Orang nikah awak yang kesal, Bininya budak lakilah bongkok.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang berjamu lauknya kari, Nasi ditanak di pangkal sena; Orang berilmu bijak bistari, Bukanlah layak orang yang hina.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tudung periuk dibuka orang, Mentahlah nasi sedang ditanak; Untungku buruk bukan kepalang, Cintaku pergi berkhabar baik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas