Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanam

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Betung ditanam aur tumbuh.

Bermaksud :

Mengharap untung, kiranya mendapat rugi.

 

Lihat selanjutnya...(13)

614

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Kuini ditanam tumbuh renek, Tabur padi dalam reban; Ingatlah pesan datuk nenek, Takbur itu perangai syaitan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Bakut ditanam dengan selasih, Tumbuh subur kayu jati, Sanggup kutelan hempedu kasih, Asal tercapai hajat di hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Selasih ditanam di atas bukit, Hujan lebat bakut pun rubuh; Kasih sayang bukan sedikit, Seteguh gunung tak kan runtuh.Pantun Melayu SarawakKasih
Biji pauh ditanam orang, Sudah besar berbuah pula; Hati rusuh bukan kepalang, Habislah sabar menanti dinda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Padi pulut ditanam orang, Berasnya dapat dibuat wajik; Hatiku kalut karam seorang, Bila teringat kepada adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukit tinggi ditanam keledek, Pucuk diketong isi digali; Buah tinggi pengaitnya pendek, Barulah terguna di umban tali.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau keladi sudah ditanam, Jangan lagi meminta talas; Kalau budi sudah ditanam, Jangan sekali meminta balas.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Untuk apa padi ditanam, Kalau benih tak mahu subur; Untuk apa kami bermalam, Kalau adik tak mahu tegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kacang hijau kacang merah, Ditanam orang di lereng bukit; George Chan segera diberi anugerah, Anugerah teringgi dari Kelabit.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Daun pandan panjang sedepa, Ditanam orang di Munggu Kubur; Siang malam saya tak lupa, Lupa tak lupa dalam tidur,Pantun Melayu SarawakKasih
1234

Kembali ke atas