Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditangkap

Puisi
 

Anak serati ditangkap musang,
     Anak kedidi lari melompat;
Dalam hati terasa bimbang,
     Orang yang dicari belum dapat.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kain ditangkap maka duduk.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Merpati ditangkap kucing, Tangkap mari tepi kota; Besar hati orang miskin, Hari-hari duduk bersuka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak serati ditangkap musang, Anak kedidi lari melompat; Dalam hati terasa bimbang, Orang yang dicari belum dapat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air dangkal ikannya jinak, Ditangkap orang setiap hari; Hati mengkal dada pun kemak, Mengharap abang datang ke mari.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cermin damit kami mulanya, Ditangkap ketam patah kaki; Mulanya kamilah yang punya, Sudah sekarang lain ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Menangkap buaya orang Jambi, Buaya ditangkap di pintu kuala; Sudahlah kaya pandai berbudi, Bagailah mana hati tak gila.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang di pokok burung tekukur, Sayang merpati ditangkap lepas; Saya ibarat nyiur dikukur, Diambil pati dibuang hampas.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rebung ditebang direntap orang, Apatah lagi rumput semeta; Burung terbang ditangkap orang, Apatah lagi semut melata.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas