Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditarik

Puisi
 

Bagaimana mengail udang,
     Lepas ditarik dienjut pula;
Bagaimana bermain bujang,
     Lepas senyum ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai jawi ditarik keluan.

Bermaksud :

Menurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).

 

Lihat selanjutnya...(12)

647

Words once spoken you can never recall

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words once spoken you can never recall . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Sorong dayung ditarik dayung, Tariklah papan sama rata; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami yang tinggal jahat rasanya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tiang rumah bongkok sebatang, Ke mana ditarik tidak sejudu; Abang sudah mabuk kepayang, Mengapa adik tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila menarik tali timba Sesudah penuh baru ditarik; Apabila adik menanti hamba, Bersimbah peluh abang kan balik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau bergalah di semak-semak, Kalau memnjat dicari dahan, Kalau berlunjur ditarik lutut; Kalau bersalah disemak-semak, Kalau tersesat dicari jalan, Kalau terlanjur berbalik surut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Singapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Layang-layang terbang melayang, Turun ke laut menyambar buih; Sayang-sayang hatiku sayang, Hendak ditarik rasa tak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa merah di dalam padi, Pucuk kandis digulai asam; Apa marah di dalam hati, Muka manis ditarik masam.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas