Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditebang

Puisi
 

Pokok perah ditebang jangan,
     Biarkan tumbuh bersama lalang;
Kalau sudah malang badan,
     Rezeki secubit disambar helang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Yang bertakuk yang ditebang,
     yang bergaris yang dipahat.

Bermaksud :

Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. 'Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut, b. Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Batang meranti mati ditebang, Ditebang orang untuk perahu; Abang dinanti pagi dan petang. Hatiku bimbang bercampur pilu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ditebang tidak tertebang, Ditebas juga akan jadinya; Diempang tidak terempang, Dilepas juga akan jadinya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rebung ditebang direntap orang, Apatah lagi rumput semeta; Burung terbang ditangkap orang, Apatah lagi semut melata.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan ditebang pisang awak, Pisang lain banyak lagi; Jangan ditebeng orang tak hendak, Orang lain berlambak lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Mengapa rumbia ditebang orang, Kerana batangnya dihimpit kayu; Mengapa lama abang tak datang, Kerana diserang sakit merayu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Seribu buluh ditebang orang, Apatah lagi buluh sebatang; Seribu musuh ditentang orang, Apatah lagi musuh seorang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung ditebang roboh, Batang berguling tabur bertabur; Sungguh beruntung orang bodoh, Orang berunding awak tertidur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung ditebang jauh, Tumbang ke bumi tidak tegak; Sungguh beruntung orang lumpuh, Orang berlari awak merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung ditebang rata, Banyak tercampak di tepi tubir; Sungguh beruntung orang buta, Tidak nampak orang mencibir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pokok perah ditebang jangan, Biarkan tumbuh bersama lalang; Kalau sudah malang badan, Rezeki secubit disambar helang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
1234

Kembali ke atas