Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditebuk

Puisi
 

Buah berembang di atas para,
     Anak kumbang terlampai-lampai;
Memakai subang kusangka dara,
     Rupanya memang ditebuk tupai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Manggis sudah ditebuk tupai, Gugur tidak masih di dahan; Habis sudah harta digadai, Tumpang tidur ditepi jalan.Pantun Melayu SarawakNasib
Kain panjang koyak memanjang, Tidak dapat ditebuk lagi; Abang sudah merajuk panjang, Tidak dapat dibujuk lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Daun nyiur melambai-lambai, Bagai melambai burung terbang; Buah sudah ditebuk tupai, Tempat ulat membuat sarang.Pantun Melayu SarawakKasih
Buah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buah berembang di atas para, Anak kumbang terlampai-lampai; Memakai subang kusangka dara, Rupanya memang ditebuk tupai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sayang kelekah mari berkabung, Mari bertimbal Muara Srikei; Jangan diharap nangka bersarung, Di dalam sarung ditebuk tupai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas