Apabila sampah sudah belayar, Ombak datang pasti ditempuh; Apabila iman sudah mengakar, Cubaan datang hatinya teguh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah cukup ilmu di dada, Banyak negeri dapat ditempuh; Kalaulah hidup mahu bekerja, Anak isteri dapat berteduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Merokok tembakau Padang, Asap menjulang ke udara; Tinggal adik tinggallah sayang, Abang ditempuh sengsara. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Mengapa takut menempa belati, Esok Iusa kan ditempa juga; Mengapa takut menempuh mati, Esok lusa kan ditempuh juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |