Buluh ditetak senjakala, Buat main pasak perahu; Pasang pelita senjakala, Satu makhluk tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Mari ditetak tebu sejunjung, Letak mengkuang di tanah lubuk; Adik menanti tikar segulung, Masuk abang bercium peluk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah ubat dari halia, Ditetak halia dikerat empat; Banyak sahabat berhati mulia, Tidakkan semulia sahabat nabi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana duri tidakkan patah, Ditebas pagi ditetak petang; Bagaimana hati takkan merintih, Cemas menanti adik tak datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukit-bukau gunung-ganang, Pagi petang siang malam; Ditetak dipukau direnung ditenung, Di luar pisang racun di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |