Terpotong pandan ditimpa enau, Patah tangan ditimpa terap; Beruntung badan ditimpa panau, Bertuah badan ditimpa kurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang keladi ditimpa ciku, Gula empoyang ditimpa selasih; Selasih ditolak tinggal dahari, Sudah menjadi untung nasibku, Bapa tak sayang ibu tak kasih, Kakasih pula melari diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang selasih ditimpa pauh, Tak lama lagi tentulah condong; Orang kukasih sudah menjauh, Ke mana lagi hamba bergantung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tempua ditimpa antan, Kaki luka mulut berdarah; Awaklah tua selera menyetan, Berbini muda lutut pun goyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sakit kepala ditimpa kayu, Makan tidur rasanya pening; Sakit hamba kerana malu, Tuan kutegur tak ambil pusing. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sekali membeli madu, Dua kali ditimpa sambang; Kalau sekali memberi malu, Dua kali ditimpa hutang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana kuali tidakkan retak, Ditimpa dulang jatuh ke lantai; Bagaimana hati tidakkan rosak, Baru bertunang sudah bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Wangi bunga harum semerbak, Ditimpa panas lalulah mati; Binilah dua belum beranak , Supaya puas menikah lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |