Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditiup

Puisi
 

Panglima raja mudik bergalah,
     Ditiup angin selatan daya;
Laut darat dijadikan Allah,
     Asam manis semua serupa.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Seperti panji-panji ditiup angin.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Hampalah padi ditiup badai, Rasanya letih sendi anggota; Hampalah hati hidup meradai, Kerana kekasih jauh di mata. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bergoncang pohon ditiup angin, Habis luruh si buah saga; Tuan sepantun kilat cermin, Di balik gunung nampak jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu nama diberi, Ditiup angin bergoyang-goyang; Hatiku rindu tiada terperi, Kerana adinda lama tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Perahu layar patah tiangnya Ditiup angin bertambah larat; Malu berlayar susah tunangnya, Hidup miskin dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Panglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bungasena di hujung ranting, Ditiup angin gugur ke lain; Jika bunga tak hendak disunting, Boleh dibuat peraksi kain.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hari Khamis rajangnya Rahu, Ditiup angin luruh bunganya; Adik seorang yang saya rindu, Orang yang lain apa gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun entemu terlampai-lampai, Ditiup angin hala ke darat; Malam Sabtu hajat tak sampai, Ikut rasa hati melarat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Awan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan sembilang di dalam raga, Ditiup dengan sampah jerami; Naik membilang anak tangga, Turun selangkah jejak bumi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas