Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditolak

Puisi
 

Sayang Siti anak tuk bandar,
     Mengail todak umpannya sagu;
Kalau benci katakan benar,
     Jangan ditolak dengan berlagu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang tak boleh ditolak,
     mujur tak boleh diraih.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Walau makan berlimpah lauk, Kerana kenyang ditolak juga; Walau badanlah tua bongkok, Kerana dipinang berbedak juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang keladi ditimpa ciku, Gula empoyang ditimpa selasih; Selasih ditolak tinggal dahari, Sudah menjadi untung nasibku, Bapa tak sayang ibu tak kasih, Kakasih pula melari diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah udang masuk tengkalak, Pagi petang orang menunggu; Hendak kupinang takut ditolak, Iatilah abang menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu siang banyak merokok, Kerana banyak menerima tamu; Mahu meminang ketiak busuk, Bila ditolak tentulah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tabuh gendang bunyi bertalu, Orang bergerak gegak-gempita; Sungguh malang nasib diriku, Cinta ditolak harapan hampa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang berada sudahlah pergi, Niat membawa sanak saudara; Orang muda berpatah hati, Surat cintanya ditolak semua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit panjang tidak bergagang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit meminang ditolak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Habislah buah pisang nangka, Pisang serawak tegak sebatang; Habislah tuang hilanglah muka, Pinangan awak ditolak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang melukis, Membuat gambar anak peladang; Dalam diam abang menangis, Niat meminang ditolak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang Siti anak tuk bandar, Mengail todak umpannya sagu; Kalau benci katakan benar, Jangan ditolak dengan berlagu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas