Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dituang

Peribahasa

Adat diisi,
     lembaga dituang.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Adat diisi lembaga dituang, Tidak beremas bungkal diasah; Kuat negeri kerana undang, Adat lepas akal menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Wangi sekali minyak senyonyong, Dituang dengan membaca jampi; Lakilah mati awak mengandung, Dipinang orang rasa bermimpi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa tanda baling tersumbat, Bila dituang isi tak tumpah; Apa tanda orang beradat, Berdada lapang hatinya rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau duduk sembahyang Jumaat, Ingat berdiri sebelum sembahyang; Kalau hidup memegang amanat, Adat diisi lembaga dituang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang padat bernama besi, Yang berongga ada beruang; Yang adat sama diisi, Yang lembaga sama dituang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Asalkan dapat kita mandi, Dapat mencari ikan seluang; Asalkan dapat kita menjadi, Adat diisi lembaga dituang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Diberi tiang kecil dan besar, Diikat tali muka belakang; Hati lapang adil dan benar, Adat diisi lembaga dituang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas