Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dituba

Puisi
 

Sayang Cik Mamat pergi menuba,
     Ikan dituba habis mati;
Orang dijemput sudahlah tiba,
     Riuh-rendah orang menanti.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Malam ini janganlah dituba, Kalau dituba ikan tak mati; Yang ini janganlah dicuba, Kalau dicuba berani mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan terubuk mati dituba, Hendak diangkat tidak tergapai; Badanlah bongkok berbini muda, Banyaklah niat yang tidak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun ikan mati dituba, Boleh dibeli untuk pekasam; Walaupun tuan berhati hiba, Hatiku ini dah remuk redam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana ikan tidakkan mabuk, Laut dituba semenjak subuh; Bagaimana badan tidakkan teruk, Hidup susah anak berpuluh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang ikan mati membusuk, Mati dituba anak nelayan; Mengenang tuan hatiku remuk, Janji direka tuan abaikan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukit Keling gunung berapi, Ikan seluang mati dituba, Hilang ghaib katakan mati, Abang seorang jangan dilupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jin besar turun bertapa, Minum darah segantang sehari; Ikan di laut jangan dituba, Siamang di rimba habis mati.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang Melayu mandi betangar, Betangar mari kain kesumba; Hutan kayu dapat digegar, Ikan di sungai mati dituba.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas