Jika dituju selepas berlari, Akhir kumbang beranak telur; Jikalau diturut hatiku ini, Akhirnya padang menjadi kubur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adapun hajat sebenar hajat, Tiada menyalah barang dituju; Adapun adat sebenar adat, Quran dan sunah ia menyatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Perahu Bugis bermuatan lada, Terlanda pukat berhenti dulu; Dituju gadis yang dapat janda, Janda dapat dijadikan guru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain baju sutera gumbang, Letak berlipat di atas peti; Lain dituju lain yang tumbang, Tidaklah dapat hajat di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Patah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anjing angkat anjing berburu, Anjing berburu di luar kota; Lagi tak dapat lagi dituju, Hendak menyapu arang di muka. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Encik Man tukang kepiah, Kepiah beludu jahit sehari; Kepada tuan tidak berubah, Sudah dituju di jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tali apa nampak kelihatan, Tali layang putus teraju; Di kiri api di kanan lautan, Jalan yang mana hendak dituju. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |