Kain lama ditukar baru, Menanti kain dari kedai; Permainan kamek diulang baru, Sementara menanti orang yang pandai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hendak sepah diberi sepah, Tapi jangan ditukar-tukar; Hendak sumpah kuberi sumpah, Tapi jangan dilanggar-langgar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asam paya di dalam belukar, Pohon jati di tengah huma; Hati saya tidak boleh ditukar, Hidup mati hendak bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak beruk besar lengan, Mari letak atas meja; Sungguh buruk hati berkenan, Tidak boleh ditukar juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ani menahan pukat, Dapat ikan berkati-kati; Kalau hati sudah terpikat, Tak dapat lagi ditukar ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ali memakai terendak, Terendak dipakai di tengah hari; Kalau hati sudah berkehendak, Tidak dapat ditukar ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak beruk sebesar lengan, Naik didukung si kayu kain; Sungguh buruk hatiku berkenan, Tak boleh ditukar yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina membawa kereta, Hendak melawat ke luar negeri; Sudah lama aku bercinta, Jodoh tidak dapat ditukar ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih kuning dua tiga, Padi rebah menghampar tikar; Putih kuning dah jadi raja, Seekor gajah tak ada ditukar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |