Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diubah

Puisi
 

Orang Jawa pulang ke Jawa,
     Kisi-kisi tiang bersambung;
Bukan mudah membuang nyawa,
     Nyawa tidak boleh diubah sambung.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Habis adat kerana kerelaan.

Bermaksud :

Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian.

 

Lihat selanjutnya...(19)

234

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Jala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Adapun hajat sebenar hajat, Hutang nyawa membela maruah; Adapun adat sebenar adat, Pantang dipinda diubah-ubah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang Jawa pulang ke Jawa, Kisi-kisi tiang bersambung; Bukan mudah membuang nyawa, Nyawa tidak boleh diubah sambung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sudahlah padi padiku juga, Padi tak dapat direbah lagi; Sudahlah hati hatiku juga, Hati tidak dapat diubah lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas