| Yang sakit didoakan sembuh, Diubat diurut terus-menerus; Orang buncit awak yang gaduh, Melihat perutnya mahu meletus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sungguh susah sakit meracau, Diubat orang pakai manisan; Sungguh indah kulit berpanau, Dilihat orang bagaikan lukisan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Pipit ampat dibilang anam, Terbang tinggi meninggalkan sarang; Sakit diubat mati ditanam, Itulah budi kenangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Padi di sawah belum dibebat, Pokok jati tidakkan tumbuh; Hati luka minta diubat, Merajuk hati tidakkan sembuh. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Lukah dipasang rapat-rapat, Lukah diikat kayu sebelah; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati semakin berdarah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Sapu tangan punca melikat, Pakaian anak raja Jeddah; Luka di tangan boleh diubat, Luka di hati adakah sudah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sapu tangan bersegi empat, Lalu ditinggal batu empat; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati siapa melihat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Mari ditaruh di kocek lipat, Mari ditaruh di kocek baju; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |