Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diukur

Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ukur baju di badan sendiri.

Bermaksud :

Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Belum diukur sudah dipakai, Manakan bisa baju sepadan; Belum ditegur sudah merawai, Manakan hamba mahu berkawan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Darjat pangkat berserta bintang, Darjat diukur tidak terbilang, Hajat berdagang di tanah seberang, Dapat untung dibawa pulang.Pantun Melayu SarawakPerantau
Tiang rumah kayu menanti, Baik diukur agak sedepa; Abang sudah malu menanti, Adik ditegur tidak menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung tekukur terbang seratus, Hinggapnya mari di kayu jati; Diukur serta dipirus, Kandaku jangan berjauh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Sudah diukur sama tinggi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Jelatik burung jeladan, Anak tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Lagi diukur sama tinggi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sayang jelatik burung jeladan, Sayang tekukur terbang tinggi; Sama cantik sama padan, Jikalau diukur sama tinggi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas