Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.sa] | دوسا

Definisi : 1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral: perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga mereka; menebus ~ ber­ikhtiar supaya dosa dapat diampunkan; ~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilaku­kan walaupun diketahui hukumannya dr segi agama; berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.sa] | دوسا

Definisi : 1 (segala) nilaian keburukan yg dilakukan yg bertentangan dgn perintah Allah dan Rasul-Nya: Segala ~ dan pahala akan dihisab kelak. 2 perbuatan yg melanggar hukum Tuhan atau agama: ~ kita akan bertambah, jika kita tidak bersembahyang, tidak berpuasa dan suka pula minum arak. 3 perbuatan menentang orang tua (negara dll). ~ kering dosa yg sengaja dilakukan (walaupun telah diketahui bahawa itu ialah dosa). menebus ~ berikhtiar supaya dosa dpt diampunkan (oleh Allah). berdosa 1 mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2 (telah) melakukan dosa: Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 2 bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dosa

Puisi
 

Banyak nyamuk Kuala Gaung,
     Nyamuk tidak takut api;
Banyak dosa saya tanggung,
     Sedikit tidak takut mati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bagai memegang buah kepantangan beruk;
     ditelan mati emak,
diludahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Tanduk rusa bercabang dua, Kalau mandi berkubang jangan; Dosa ini dosa semua, Kalau mati seorang jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah rusa yang bertanduk, Tanduk rusa bukunya banyak; Banyaklah dosa yang terkutuk, Terkutuklah dosa pada ibu bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Zaman kini banyak maksiat, Berbuat dosa orang tak takut; Tuan kunanti sepanjang hayat, Sampai ke syurga akan kuikut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau rusa sudah ditambat, Cepatlah kebat pada penggalah; Kalau dosa sudah terbuat, Cepatlah taubat kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Batu kiwi batu pengasah, Buat pengasah parang cancung; Buat dosa buat salah, Malang nasib tidak tertanggung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tegak adat hidup sentosa, Rakyat tenang pemimpin terpuji; Rosak adat bertambah dosa, Laknat datang sepanjang hari.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak ayam turun dua, Satu mati tinggal satu; Minta ampun segala dosa, Hendak menyebut Tuhan yang satu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Pantang sekali berbelah bagi, Esa hilang dua terbilang; Pantang sekali merosak budi, Dosa dibuang pahala ditunang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Benih bertabur di atas tanah, Bunga rampai bunga melati; Rosak binasa kerana fitnah, Dosa ditanggung sampai ke mati.Pantun Melayu SarawakAgama
12

Kembali ke atas