Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dua.dua] | دوا٢

Definisi : dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua-dua

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Dua kali dua empat.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(99)

528

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Dua kali dua empat

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : sekali tiga wang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(82)

Pantun

PantunSumberTema
Putri Santubong Putri Sejenjang, Dua-dua lena beradu; Dalam hati tidak kan bimbang, Janji diikat kata dipadu.Pantun Melayu SarawakKasih
Kalau tak tinggi diberi bulang, Rendamlah tali dua-dua; Kalau tak jadi abang pulang, Diamlah di sini kita berdua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dua Cina dua Melayu, Dua Keling menjual kain; Kerana apa bunga layu, Embun menitik di tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mana berantai mana tidak, Berjalan dua berantai dua; Di mana kasih di mana tidak, Badan satu kekasih dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua ratus bilangan angka, Banyaknya habis hingga seribu; Cintaku putus hilanglah muka, Hendak menangis terasa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Dua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Dua tiga bernama perigi, Batu berlonggok di tepi jalan; Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Dua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12345678910...

Kembali ke atas