Banyak duri perkara duri, Duri mana duri yang tajam; Banyak budi perkara budi, Budi yang mana dikenang orang? | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Banyak duri perkara duri, Mana sama duri selasih; Banyak budi perkara budi, Manakan sama budi kekasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Sakit kaki diajuk duri, Duri mengajuk di tengah padang; Baiklah hati mengenang diri, Dirilah sudah dibuang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sakit kaki ditikam duri, Duri landak di perdu sirih; Sakit hati diri sendiri, Barang kehendak nak ambil tak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Duri dibuang sakit pun hilang, Duri dibuang di dalam raga; Adik hendak mengikut abang, Boleh adik bersuka ria. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana duri tidakkan patah, Ditebas pagi ditetak petang; Bagaimana hati takkan merintih, Cemas menanti adik tak datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan duri dalam air, Ikan belukang atas batu; Emas sekodi intan setahil, Cari tukang ikatkan satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikan duri Kuala Johor, Jual anak di Tanjung Surat; Intan baiduri nama masyhur, Sungguh kecil timbang berat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |