Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pot] | ايکسڤورت

Definisi : (éksport) 1. penghantaran barangbarang atau perkhidmatan ke luar negeri utk tujuan perdagangan: ekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang; dlm hal ~ kita banyak bergantung pd bahan-bahan mentah; 2. barang-barang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.pot] | ايکسڤورت

Definisi : /éksport/ 1 perbuatan menghantar atau mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: ~ getah ke Rusia semakin bertambah. 2 barang-barang dagangan yg dihantar ke luar negara: ~ utama Malaysia ialah getah dan bijih timah. mengeksport mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara Barat. pengeksportan hal atau kerja mengeksport: Pd masa lalu, getah keping berbunga yg dilapiskan menjadi bandela merupakan sistem ~ yg diterima. pengeksport orang (negara dll) yg mengeksport barang-barang dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksport


Pantun

PantunSumberTema
Eksport kayu jati, Boleh buat titi, Langsung bawa mati, Sendiri tuan rugi.Pantun Melayu SarawakBudaya
Eksport dari Semantan, Eksport kayu jati; Musnah kehidupan, Langsung bawa mati.Pantun Melayu SarawakBudaya
Kayu paling tahan, Eksport dari Semantan; Musnah kehidupan, Akal mati jalan.Pantun Melayu SarawakBudaya

Kembali ke atas