Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lo/] | ايلوق

Definisi : (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu; ~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati; seelok sama elok dgn, sebaik; seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah ber-salin sahaja, ia pun diceraikan;seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg lebih itu disimpan di bank; mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~ rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok menjadikan lebih elok: ~ adat resam kita; keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~ perjalanan enjin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lo/] | ايلوق

Definisi : /élok/ 1 dpt menyukakan atau dpt memuaskan hati apabila dilihat dll; cantik; menarik: Budak itu sejak kecil lagi amat ~ rupanya. 2 baik; bagus: ~lah kita berehat dahulu utk melepaskan penat. mengelokkan 1 menjadikan elok (cantik): Dia ~ tudung kepala anaknya. 2 membaikkan; membaguskan: ~ kelakuan orang. memperelok 1 menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2 menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. seelok sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. seelok-eloknya yg paling elok; sebaik-baiknya: ~ wang yg berlebihan itu disimpan di bank saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elok

Puisi
 

Nak kayuh saya kayuhkan,
     Budak-budak main perahu;
Nak tangguh saya tangguhkan,
     Elok tak elok saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Elok lenggang di tempat datar.

Bermaksud :

Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.

 

Lihat selanjutnya...(36)

464

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada elok yang tidak bercacat

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada elok yang tidak bercacat. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Elok-elok kenali terap, Terap diampai menjadi benang; Elok-elok kalau bercakap, Cakap sampai orang pun senang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok-elok menebang kayu, Kalau tidak ditimpa ranting; Elok-elok abang meminang, Kalau tidak padahnya buruk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok-elok menebang kayu, Kalau tidak ditimpa ranting; Elok-elok abang mencumbu, Kalau tidak hamba berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok-elok memasang pelita, Kalau tidak minyaknya tumpah; Elok-elok abang mencinta, Kalau tidak kita berpisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok-elok memasang taji, Kalau tidak binasa ayam; Elok-elok abang berjanji, Kalau tidak cintaku padam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok-elok menjerang kuali, Kalau tidak binasa gulai; Elok-elok abang berjanji, Kalau tidak kita bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok anak elok ayahnya, Tentu elok pula ibunya; Elok akhlak elok bawanya, Tentu elok pula lakunya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok-elok raja di Bentan, Awan berkiluk berganti-ganti; Tidak ternilai cahaya intan, Jatuh ke lubuk hilang sekali.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Eloklah elok merendang cendawan, Basah sedikit rendam sekali; Elok-elok menenggang kawan, Salah sedikit jangan peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau duduk tulis menulis, Elok juga membaca kitab; Kalau duduk dalam majlis, Elok-elok dalam bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas