Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.ma/] | امق

Definisi : orang yg melahirkan seseorang, ibu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.ma/] | امق

Definisi : perempuan yg melahirkan kita; ibu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emak

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Emak! Emak! Mintaku lada, Hendak menyayur pisang tumbang; Emak! Emak! Mintaku janda, Janda ada beranak seorang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Emak! Emak! Anyam ke raga, Nak mengisi telur merbah; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda mengubah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ya ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Nguak-nguak kerbau di padang, Kerbau seekor kutarik ke huma; Emak! Emak! Tunangku datang, Bentang tikar tabur bunga.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ikan puyu lemak, Masak kuah lada; Intan rangkul emak, Buah hati emak juga.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Zaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Masa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Patuh Melayu kepada emak, Dari kecil ia besarkan; Senonoh laku mulia akhlak, Hari yang batil ia hindarkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat;Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12345

Kembali ke atas