Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.bun.em.bun] | امبون٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas laut, Scaevola frutescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embun-embun

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Seperti embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Kasih sayang yang lekas hilang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Embun menitis ke pohon mawar, Mawar biru berselang putih; Racun sudah jadi penawar, Hati yang rindu terpaut kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Menitik embun daun pun masak. Tercampak di batang pinang, Terbuang ke tepi paya, Padan pipih diambil juga, Itulah pandan nan tak layu; Adik sepantun beras basah, Diayak ditampi orang, Ditampi terbuang juga,Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Mustika embun tinggi warga, Dikulum anak Raja Naga; Tak termasuk pada sangka, Mata tidur bantal berjaga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah,Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bulan mengambang embun menitik, Cahaya sampai serata dunia; Pokok cantik buah sebiji, Bila gugur masam rasanya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup api embun berderai, Turun ke padang memburu rusa; Niat di hati tak mahu bercerai, Hidup mati berkubur dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiup api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat di hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pagi-pagi embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati belum nak cerai, Kehendak Allah siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas