Anaklah enggang di kayu tinggi, Barang jatuh saya pegangi; Orang dagang kami sanjungi, Semoga tuan hiburkan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak enggang di kayu tinggi, Banyak daun merentang-rentang; Anak dagang tak lama di sini, Sampai musim dia pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Burung enggang silang-bersilang, Nampak pipit sama rata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak enggang kelima-lima, Ingat-ingat tanda merah; Anak dagang saya terima, Ini pula daging darah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung enggang burung kelengking, Tarik lepas bawah jerami; Kalau berderai air di tebing, Barulah lepas malunya kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selama belatuk mati bini, Banyaklah enggang dilibasnya; Selama beruk jadi kerani, Banyaklah orang diperasnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Burung cak jatuh ke paya, Disambar enggang sambil melompat; Jangan diharap kepada saya, Dagang yang hina tidak bertempat. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sekali memegang hulu, Sekali putingnya patah; Sekali enggang lalu, Sekali rantingnya patah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Retak urat ada bercanggah, Retak bara ada tengarang; Minta kuat kepada gajah, Minta suara kepada enggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |