Orang beradat fikiran panjang, Sebelum bertindak ditimbang dulu; Membuang adat jalan menyimpang, Hukum rosak hilanglah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat mukanya jernih, Hati lapang fikiran luas; Membuang adat bala yang boleh, Mati terbuang hidup melengas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besok hari Rabu, Lusa hari Khamis; Fikiran kita tidak tentu, Hati kita bengis. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Lagu-lagu Melayu, Masuk era baru; Jangan asyik merayu, Fikiran jadi celaru. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Zaman katak di bawah tempurung, Langit tinggi dipandang rendah; Fikiran kemak laki pun pesung, Setiap hari terang berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Belilah galah untuk penjolok, Supaya senang mengambil pauh; Hatiku gundah fikiran suntuk, Kerana abanglah pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman silam zaman beradat, Kini adat dilupakan orang; Siang malam fikiran tumpat, Binilah berat mentua pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sifat muda suka berjalan, Hilir mudik mencari rezeki; Adat dijaga sempurna iman, Fikiran baik diri terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau tanduk menjadi gading, Ambillah sirih dengan gagang; Kalau duduk dalam berunding, Fikiran jernih dada pun lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Besok hari selasa, Lusa hari Rabu; Kalau buat kerja tak dapat rasa, Fikiran kita langsung tak tentu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |