| Zaman kini zamannya fitnah, Bila berkata semuanya bengak; Dengan laki janganlah lengah, Bila menyalah segera bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Adat Melayu memantangkan fitnah, Suka memfitnah banyaklah musuh; Menjilat siku membuang tuah, Hilang tuah maruah pun runtuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Bertabur jadi tanah. Kena sumpah seranah; Suka buat fitnah, Rumah tangga musnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
| Dua kali melangkah batang, Jalan menurun menuju gubuk; Dua kali fitnah datang, Santan diminum jadi mabuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kisah putri Sejinjang, Bertabur jadi tanah; Suka hina orang, Suka buat fitnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
| Benih bertabur di atas tanah, Bunga rampai bunga melati; Rosak binasa kerana fitnah, Dosa ditanggung sampai ke mati. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Tanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Kain ini carik di tengah, Mari dijahit budak hulu; Tengah berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Kota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Jemur padi di atas tanah, Terbang merpati turun makan; Dalam berkasih datang fitnah, Terima kasih atas junjungan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |