Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.duh] | ݢادوه

Definisi : 1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir setiap hari ia ~ sakit saja;bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau(kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.duh] | ݢادوه

Definisi : Kl terburu-buru, tergesa-gesa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.duh] | ݢادوه

Definisi : Kd bersusah payah: tak usah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.duh] | ݢادوه

Definisi : 1 hura-hura atau gempar kerana perkelahian dll: Mereka berbuat ~ kerana harga barang-barang terlalu tinggi. 2 berasa gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab; berasa tidak tenteram: Pak cik jangan ~, anak pak cik ini akan segera sembuh. Tiap-tiap hari, dia ~ sakit kepala. bergaduh 1 berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2 berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. menggaduhkan 1 membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan: Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2 menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau? pergaduhan perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaduh


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata peneduh, Peneduh nafsu angkara murka; Hina bangsa gila bergaduh, Gaduh itu pangkal celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang sakit didoakan sembuh, Diubat diurut terus-menerus; Orang buncit awak yang gaduh, Melihat perutnya mahu meletus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Rosak sikat kusutlah rambut, Kusut rambut rupa pun hodoh; Rosak adat ributlah mulut, Mulut ribut membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas