Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir setiap hari ia ~ sakit saja;bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau(kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaduh I


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata peneduh, Peneduh nafsu angkara murka; Hina bangsa gila bergaduh, Gaduh itu pangkal celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang sakit didoakan sembuh, Diubat diurut terus-menerus; Orang buncit awak yang gaduh, Melihat perutnya mahu meletus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Rosak sikat kusutlah rambut, Kusut rambut rupa pun hodoh; Rosak adat ributlah mulut, Mulut ribut membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas