Sungguh gagah bergigi utuh, Mengunyah tulang tidak bererti; Sungguh tabah hati si lumpuh, Dilapah orang tidakkan lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sifat jantan gagah berani, Berani menjadi pelapis dada; Adat berjalan bertuah negeri, Negeri aman habis sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat jantan gagah berani, Setia teguh berhati bersih; Adat berjalan bertuah negeri, Di mana keruh menjadi jernih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat jantan gagah berani, Tiada takut melawan badai; Adat berjalan bertuah negeri, Di mana kusut akan selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat jantan gagah berani, Bersikap tegas muka belakang; Adat berjalan bertuah negeri, Bercakap bebas tiada mengekang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat jantan gagah berani, Terhadap musuh pantang mengelak; Adat berjalan bertuah negeri, Hidup senonoh terbilang akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Raja Sulung Indera Shah Johan, Gagah berani lagi perkasa; Kalau ada pertolongan Tuhan, Mana boleh rosak binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Andainya kuda memakai tanduk, Tentu rupanya kan lebih gagah; Andai mudanya berperangai elok, Tentu tuanya lebih bertuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Dijual oleh anak Kedah, Banyak terdapat di kedai Jamilah; Gagah tampan menyusun langkah, Tidak tercucuk jarum sebilah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |