Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : 1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris; ~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : nama sj burung berbulu hitam yg suka memakan bangkai, Carvus macrorhynchos macrorhynchos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagak

Puisi
 

Gagak terbang dua kali lapan,
     Hinggap di pohon malim dewah;
Harap tuan saya tak makan,
     Nasi disuap pinggan pecah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun,
     takkan putih bulunya.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

PantunSumberTema
Gagak terbang menyusur rimba, Beruk di hutan tergaru-garu; Hendak meminang umurlah tua, Bongkoklah badan menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gagak hinggap di dahan kayu, Suaranya kuat dahan bergetar; Hendak bercakap lidahku kelu, Hendak mengurat tangan gementar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Gagak terbang dua kali lapan, Hinggap di pohon malim dewah; Harap tuan saya tak makan, Nasi disuap pinggan pecah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gagak di hulu gagak di hilir, Mari hinggap di hujung tanjung; Hendak di hulu hendak di hilir, Badan mana hendak menanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbangnya senja. Sudah senja balik ke sarang; Awak hendak orang tak suka, Muka siapa akan kupandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbangnya petang, Bulu berserak dipukul ribut; Awak hendak orang membelakang, Malunya tidak boleh disebut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbang keliling, Sehingga lupa mencari makan; Awak hendak orang berpaling, Ke mana muka kan dihadapkan. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbang meninggi, Bila penat hingga di dahan; Awak hendak orang tak sudi, Bila diingat binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbang ke hulu, Hari malam hinggap berteduh; Awak hendak orang tak mahu, Hati di dalam hancur luluh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Burung gagak tepi pagar, Cik Salleh orang berbudi; Ada juga kudengar khabar, Ombak bertepuk di tepi pantai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123

Kembali ke atas