Bukan gaharu tumbuh sebatang, Dijual orang berkati-kati; Bukan tak tahu kekasih orang, Cinta bersemadi di dalam hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Rakit kami rakit gaharu, Di sana diam mahajara sakti; Sakit kami sakit merayu, Rindu dendam dibawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tiada kayu gaharu, Hampas tebu jadi berbau; Sudahlah adat kita Melayu, Tak boleh dekat belum bersatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Cik Dollah mudik bergalah, Hendak mencari si batang gaharu; Duduk salah berdiri pun salah, Nasi kutelan rasa hempedu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila ke hulu mencari rotan, Ke hilir pula mencari gaharu; Apabila selalu mencari lawan, Akhirnya semua menjadi seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |