Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gajah

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah,
     pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(77)

562

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Tak mustahil gembala gajah, Gajah dibawa dua gembala; Dalam air kunampak wajah, Dalam api kupandang muka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gajah putih jejak berulang, Baru berbalik ke pangkalan; Entahnya gagak terbang, Barulah adik abang tinggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gajah jatuh masuk ke lubang, Kakinya patah duduk meraung; Gagah sungguh Datuk Hulubalang, Bininya saja sepepak kampung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gajah jatuh masuk ke paya, Sangkut kepala di tepi pagar; Gagah sungguh Datuk Panglima, Kentutnya saja seperti tagar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gajah tua gadingnya bengkok, Masuk ke dusun mati ditembak; Sungguh baja gemukkan pokok, Kalau tak air kurus jugak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Gajah ini gading sembilan, Turun menyodok dalam dusun; Beralih tahun beralih bulan, Nanti dengar hamba nak pantun.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Gajah mina hitam di laut, Tujuh hasta panjang gading; Halus pinggangnya bagai diraut, Susahkan cari bakal banding.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gajah kecil mati terkepung, Mari diikat dengan akar serawa; Gigi lentik bagai berladung, Abang juga orang yang lawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berjumpa gajah dua serupa, Gajah kecil mati terkepung; Banyaknya lebih daripada adinda, Keningnya lentik bagai berladung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau ada gajah berjuang, Jemurlah beras di atas para; Kalau ada Allah menolong, Siang malam barat utara.Kurik Kundi Merah SagaAgama
1234

Kembali ke atas