Mudik galah hilir galah, Galah pusing di dalam perahu; Duduk salah berdiri salah, Hati runsing orang tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk galah berdiri galah, Galah memusing haluan perahu; Duduk salah berdiri salah, Hatiku runsing abang tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk galah berdiri galah, Galah memusing haluan perahu; Duduk salah berdiri salah, Hatiku runsing orang tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Galah bukan sebarang galah, Galah panjang pengikat panji; Salah bukan sebarang salah, Salah abang mungkirkan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Galah bukan sebarang galah, Galah berguna mengampai kain; Salah bukan sebarang salah, Salah hamba orang yang miskin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Galah bukan sebarang galah, Galah pendek buat penyambung; Salah bukan sebarang salah, Salah adik bersifat sombong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Galah bukan sebarang galah, Galah orang pemanjat pinang; Salah bukan sebarang salah, Salah abang lambat meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil buluh dibuat galah, Galah patah dimain budak; Jauh sekali menyerah kalah, Belum mencuba berganjak tidak. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Ambil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nan galah tetap galah, Nan akar tetaplah akar; Nan salah tetaplah salah, Nan benar tetaplah benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |