Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambar gambar

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Disulam gambar dengan benang;
Hati ingin pulang ke kampung,
     Luasnya laut tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Hari redup membuat gambar, Gambar dibuat dengan cermat; Hidup kita mahu sabar, Baru kita dapat selamat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Malam hari orang melukis, Membuat gambar indah sekali; Dalam hati hamba menangis, Ingat kekasih tambatan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang melukis, Membuat gambar anak peladang; Dalam diam abang menangis, Niat meminang ditolak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tudung saji hanyut terapung, Disulam gambar dengan benang; Hati ingin pulang ke kampung, Luasnya laut tidak terenang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik mendarat di pangkalan, Kain pelekat bercorak-corak; Adik sepantun gambar bulan, Mainan mata orang nak banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mengeting kaki mengeting betis, Seperti benang sudah diisi; Dipandang jauh cantikmu alis, Gambar adik terkenang hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nasi hangat sayur pun hangat, Tumis lobak bersama bawang; Adik ingat abang pun ingat, Memandang gambar terkenang-kenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke Muar sudah ke ladang belum, Anak-beranak mengambil angin; Pandang sudah temu belum, Ibarat gambar dalam cermin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas