Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.ja] | ݢنجا

Definisi : sj tumbuhan yg daun dan bunganya yg kering dihisap spt tembakau sbg dadah yg mengkhayalkan, Cannabis sativa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.ja] | ݢنجا

Definisi : bahagian keris di antara mata dan hulunya; ~ iras = ~ menumpu ganja yg bersambung dgn bilahnya; ~ datang = ~ rawan ganja yg dilekatkan pd bilahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.ja] | ݢنجا

Definisi : bahagian pangkal bilah keris yg agak tebal. ~ datang (rawan) ganja yg ditempelkan pd bilah keris. ~ iras (menumpu) ganja yg bersambung dgn bilah keris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gan.ja] | ݢنجا

Definisi : nama sj herba yg daunnya memabukkan, Cannabis sativa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganja

Puisi
 

Keris sempena ganja menampang,
     Pakaian anak raja Melayu;
Banyak-banyak pergi berdagang,
     Bencana banyak mendaun kayu.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Keris sempena Ganja Iras, Bisanya empat puluh hari; Ke mana panglima muda berhias, Menegak adil membela diri.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Keris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas