Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gantang

Puisi
 

Jangan diharap mengukus pulut,
     Pulut dikukus bergantang-gantang;
Jangan diharap kasih di mulut,
     Kasih pandai hilang datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemukut di tepi gantang.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Gantang besar secupak kayu, Diberi hulu papan selerang; Pantangan besar anak Melayu, Diberi malu di depan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Benih padi disukat gantang, Supaya mudah orang bertanam; Sedihlah hati melihat abang, Setiap malam menunggu pesan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Benih padi disukat gantang, Supaya mudah orang bertanam; Sedihlah hati melihat abang, Dilanda gundah sepanjang malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tidak salah padi jerami, Salahnya gantang tidak penuh; Tidak salah kepada kami, Salahnya abang tidak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah padi dimakan puyuh, Beras tidak dalam gantang; Bagaimana kami tidak mengeluh, Sawah padi tinggal sekangkang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Jangan diharap mengukus pulut, Pulut dikukus bergantang-gantang; Jangan diharap kasih di mulut, Kasih pandai hilang datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angkut-angkut tebing seberang, Sayang pauh dibuat ulam; Ibarat melukut di tepi gantang, Tumpang berteduh di waktu malam.Pantun Melayu SarawakPerantau
Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12

Kembali ke atas